This post is also available in:
English

Ditulis oleh Izzah Dejavu
“Seorang pemangsa boleh memanipulasi seorang kanak-kanak untuk eksploitasi seksual dalam hanya satu jam,”1 tegas Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, ketua Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman.
Satu jamโitulah masa yang diperlukan oleh pemangsa untuk menyusup masuk ke dalam dunia kanak-kanak. Media sosial menjadi alat manipulasi, satu pintu untuk berada dalam kehidupan rentan mereka.
“Kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa pendidikan anak-anak bermula dari rumah,” beliau mengingatkan. “Ibu bapa mesti mengajar anak-anak mereka tentang kawalan kendiri, risiko di sekeliling mereka, dan cara menilai ancaman tersebut. Jenayah sekarang ni bermula dari keselesaan rumah anda sendiri.”
Namun, persoalan yang masih belum terjawabโatau mungkin ramai yang tidak punya keberanian untuk menghadapinyaโialah ini: Bagaimanakah kita memulakan perbincangan tentang sesuatu yang selalu diselubungi kesenyapan sedangkan idea tentang pengatunan, gangguan seksual2, dan eksploitasi kanak-kanak3ย masih lagi dianggap tabu4ย in Malaysia?
Malaysia dan Konservatisme Agama
Di seluruh Asia Tenggara, hak digital bukan lagi sekadar soal aksesโia adalah tentang kelangsungan hidup dalam5 dunia dalam talian yang semakin dipantau dan dimanipulasi. Di Malaysia, pertembungan antara konservatisme agama yang semakin meningkat6 dan kawalan digital sedang membentuk semula cara fikir masyarakat dalam perbincangan7 berkaitan pendidikan seks dan keselamatan. Konservatisme ini bukan sahaja terzahir dalam dasar yang mengawal kehidupan awam tetapi turut berakar umbi dalam cara masyarakat berkeluarga dan menilai moraliti.8
Bagi wanita dan kanak-kanak perempuan khususnya, bercakap tentang seks itu sendiriโwalaupun dalam konteks keselamatan dan persetujuanโmasih dibayangi stigma dan rasa maluBudaya penyenyapan ini bukan sahaja menyekat perbincangan; tetapi ia secara sistematik mengecualikan wanita dan kanak-kanak daripada perbincangan kritikal tentang keselamatan diri mereka sendiri, dalam keadaan wanita telah pun mempunyai akses terhad kepada wacana awam dan terlibat dalam proses membuat keputusan.10ย Ini meluaskan lagi jurang literasi digital, serta merentankan lagi situasi mereka. Tanpa alatan lengkap dalam mengemudi ruang dalam talian dengan selamat, golongan muda akan terbiar dan terdedah kepada eksploitasi11, buli siber dan pengantunan12. Sementara itu, orang dewasa pula bergelut dalam menjalin perbualan ini dengan kanak-kanakโbukan kerana mereka tidak mengambil peduli, tetapi kerana mencari perkataan yang tepat memerlukan kefasihan dan keterbukaan yang ramai tidak pernah diajar untuk memilikinya.
Kisah ramai wanita
Filem Hai Anis13 arahan Azura Nasron memberikan gambaran mendalam tentang realiti pahit pengantunan dalam talian dan eksploitasi digital. Melalui perjalanan Anis, penonton dihidangkan dengan betapa mudahnya pemangsa memanipulasi mangsa di dunia digital. Filem ini dibuka dengan pertukaran mesej mesra antara seorang lelaki dewasa dan remaja perempuan, yang kemudian berkembang menjadi kandungan eksplisitโsatu peringatan jelas tentang betapa pantas dan senyapnya proses pengantunan berlaku.
Hai Anis bukan sekadar kisah Azura Nasron; ia mencerminkan pengalaman sebenar ramai wanita, golongan muda, dan mangsa yang suaranya sering disenyapkan. Malay ianya bukan insiden terpencil; tetapi wabak yang semakin membarah rentas generasi. Tanyakan mana-mana wanita atau kanak-kanak perempuan, dan besar kemungkinan mereka pernah mengalami sesuatu yang hampir serupaโatau mengenali seseorang yang pernah mengalaminya. Kisah-kisah ini, terkubur di bawah lapisan rasa malu dan penyenyapan, mendedahkan satu kebenaran pahit bahawa dalam era digital, pemangsa beroperasi tanpa kawalan.
Kepentingan isu ini semakin jelas apabila berlakunya peningkatan membimbangkan dalam dalam kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak.Menurut laporan Statistik Kanak-Kanak Malaysia 202415ย yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah kes jenayah seksual yang dilaporkan melibatkan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat sebanyak 26.5%, mencapai 1,567 kes pada tahun 2023, berbanding 1,239 kes pada tahun 2022. Statistik yang membimbangkan ini menekankan adanya keperluan mendesak untuk mengambil tindakan segera, kerana dunia digital akan terus mendedahkan golongan muda kepada pngeksploitasian dan bahaya.
Mengimaginasi Kembali Hak Digital
Kelulusan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024 baru-baru ini16, dengan janji untuk memastikan platform bertanggungjawab melindungi kanak-kanak dan membendung kandungan berbahaya, memberikan sedikit pengharapan17 dalam menangani kelompongan undang-undang dalam sistem perundangan Malaysia. Namun, ia masih hanya seutas benang dalam jaringan peraturan yang kusut,18 bergelut untuk menyaingi kepantasan evolusi dunia digital. Walaupun pelbagai perundangan wujud, ia masih terperangkap dalam pergolakan birokrasi yang perlahan, sementara realiti19 di lapangan masih keruh dan membimbangkan.

Namun hal ini juga bukan sahaja soal dasarโia juga adalah tentang perubahan dalam cara kita melihat dunia digital, dan bagaimana cara kita memilih untuk mengemudinya. Tugas di hadapan kita bukan semata-mata mengemas kini undang-undang, tetapi juga melibatkan setiap lapisan masyarakatโNGO, keluarga, komuniti dan orang awamโberdiri sebagai penjaga naratif baharu. Naratif yang menyatakan: Enough is Enough. Sebuah naratif di mana rasa hormat bukan pilihan, di mana hak wanita dan kanak-kanak perempuan tidak boleh dipertikaikan, dan di mana pemangsa dipertanggungjawabkan, bukan hanya di muka pengadilan, tetapi juga dipertanggungjawabkan oleh hati nurani mereka sendiri. Perubahan ini boleh bermula dengan menyediakan sumber kepada ibu bapa untuk berbincang tentang keselamatan dalam talian, menyokong guru dalam mengintegrasikan literasi digital ke dalam kurikulum, dan mewujudkan ruang selamat di mana golongan muda boleh melaporkan kebimbangan mereka tanpa rasa takut dihakimi atau malu.
Filem Hai Anis memperlihatkan bagaimana pemangsa mengeksploitasi ruang digital untuk โgroomingโ mangsa muda. Namun, ia juga menggariskan jalan penyelesaian: mendidik generasi muda untuk mengenal pasti taktik manipulasi serta membina rangkaian sokongan di mana mereka boleh melaporkan ancaman dengan selamat. Sebagaimana semangat Paulo Freire mengingatkan kita, “Pendidikan tidak mengubah dunia. Pendidikan mengubah manusia. Manusia mengubah dunia.” Pemberdayaan digital yang bermakna memerlukan lebih daripada sekadar kesedaranโia menuntut tindakan, tanggungjawab kolektif dan komitmen untuk meruntuhkan budaya penyenyapan yang membenarkan kezaliman terus berlaku. Sudah tiba masanya untuk kita semua melangkah ke hadapan dan memastikan ruang digital selamat untuk semua, khususnya anak-anak kita.
Izzah Dejavu ialah seorang penulis dan aktivis hak asasi manusia dalam memajukan keadilan sosial melalui penglibatan masyarakat, wacana awam dan aktivisme. Izzah aktif dalam isu kesaksamaan gender, memperluas ruang sivil dan mempertahankan hak asasi manusiaโdalam berpihak pada suara golongan terpinggir dan mencabar sistem yang menindas.
Nota kaki
3 https://www.bbc.com/news/articles/c62r2dk5ekgo
4 SafeOnline Global. (2023). Digital Harm in Malaysia: Understanding the risks and safeguarding youth online. https://safeonline.global/wp-content/uploads/2023/12/DH_Malaysia_ONLINE_FINAL.pdf
6 https://www.channelnewsasia.com/asia/malaysia-indonesia-political-islam-pas-abdul-hadi-awang-conservative-hardline-pancasila-4219911 โฉ
8 https://www.youtube.com/watch?v=Wpa8z8p0TZI
10 Nancy Fraser, Rethinking the Public Sphere: A Contribution to the Critique of Actually Existing Democracy, Social Text, No. 25/26 (1990): 56-80. https://doi.org/10.2307/466240
13 https://engagemedia.org/projects/tech-tales-youth/bangladesh-malaysia/hai-anis/
14 https://www.kevinwuassociates.com/post/child-grooming-a-rising-epidemic-in-malaysia
15 https://www.dosm.gov.my/uploads/release-content/file_20241101121857.pdf
16 https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/12/12/online-safety-bill-passed-despite-resistance
18 https://www.article19.org/resources/malaysia-online-safety-bill/